Stories I only tell my friends: The Power Of Belief-System

December 19, 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR – Part 2

Filed under: Uncategorized — mylittleblackpen @ 8:44 am

BIOLOGI PEMIKIRAN

Walaupun otak disamakan dengan pemikiran, kedua-duanya adalah tidak sama. Otak ialah organ fizikal yang mempunyai keberatan 325 gram bagi orang dewasa dan ditempatkan dalam kranium yang dikelilingi membran berisi bendalir. Kranium dan bendalir ini memberi perlindungan kepada otak. Adalah dianggarkan otak manusia terdiri daripada 10 bilion sel. Otak manusia adalah satu benda yang kompleks daripada sebarang komputer pada masa kini.

Otak merupakan pusat penyelarasan tubuh manusia yang mengawal dan berinteraksi dengan bahgian-bahagian lain badan. Otak menentukan kebolehan seorang belajar, berfikir, mengingat, membuat keputusan, menaakul, menyelesai masalah dan peka terhadap apa yang berlaku disekelilingnya. Kes-kes dimana individu mengalami kerosakan pada bahagian tertentu otak menjejaskan keupayaan memproses bahasa, mengingat dan memahami.

Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia serta aktiviti elektromagnetik wujud sewaktu individu berfikir. Aktiviti-aktiviti neural ini dikesan menggunakan peralatan seperti perakam EEG atau electroencephalograph yang merakam pola gelombang otak melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang. Alat ini menunjukkan lokasi pada otak yang mengalami aktiviti yang kuat. Walau bagaimanapun EEG tidak dapat menunjukkan apa yang difikirkan oleh otak manusia. Otak manusia menggunakan 75% daripada oksigen darah tubuh seseorang dan merupakan pusat kepada sistem saraf. Setiap kali seseorang berfikir, akan merasai sesuatu emosi atau menerima maklumat melalui deria-deria, keseluruhan sistem saraf bertindak.

SISTEM SARAF PUSAT

Sistem saraf pusat mempunyai dua fungsi utama iaitu; pertama, menerima dan mentafsir maklumat daripada persekitaran dan merangsang individu untuk bertindak terhadap perubhan dalam persekitaran. Kedua, ialah mengkordinasi semua sistem dalaman badan supaya berfungsi dengan sempurna. Sistem saraf meliputi otak dan semua sistem sensori (mata, kulit, telinga, lidah dan hidung) yang mengumpul maklumat daripada bahagian-bahagian badan; dan sistem motor yang mengawal pergerakan (otot dan tulang). Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian (lihat rajah m/s 21).

  1. Saraf tunjang atau korda spina
  2. Medula oblongata
  3. Pons
  4. Otak tengah
  5. Hemisfera serebrum
  6. Diensefalon
  7. Serebelum
  8. Saraf tunjang atau korda spins menerima maklumat daripada kulit, sendi otot dan anggota, lalu    mengeluarkan rahan motor untuk melakukan pergerakan.
  9. Medula oblongata dan pons merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak (pons dalam bahasa Latin bermakna jambatan). Medula oblongata adalah bahagian otak yang paling kecil terletak dibawah serebelum. Ia adalah pusat bagi proses-proses tidak sedar yang penting. Ini termasuk aktiviti seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, peristalsis, pembebesan oleh sesetengah kelenjar, menelan, batuk, bersin dan muntah. Kecederaan yang paling ringan pada medula oblongata adalah sangat berbahaya kerana ia mengawal kebanyakkan daripada fungsi badan yang penting.
  10. Otak tengah terletak diantara otak belakang (medula oblongata, pons dan serebelum) dan otak depan (diensefalon dan korteks serebrum).
  11. Diensefalon terdiri daripada hipotalamus dan talamus. Talamus memproses kebanyakkan maklumat (penglihatan, pendengaran, rasa dan sebagainya) yang sampai kepada korteks serebrum daripada bahagian-bahagian lain sistem saraf pusat. Hipotalamus mengawal fungsi pergerakkan involuntari atau tidak sengaja seperti pernafasan, kadar degupan jantung dan suhu badan.
  12. Serebelum terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang ruang krinium. Permukaan serebelum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat. Jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls daripada organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan dan reseptor dalam otot dan sendi. Oleh itu, fungsi utama serebelum adalah menyelaraskan pergerakan badan dan mengekalkan keseimbangan badan. Serebelum mengkordinasi otot-otot semasa melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, berenang dan menari. Umpamanya, apabila seorang penari mengangkat kaki kanannya, otot pada kaki kiri diselaraskan untuk  mengimbangkan berat badannya. Serebelum juga terlibat dalam penyelarasan rasa sentuh, pendengaran dan penglihatan.
  13. Serebrum adalah bhagian otak yang paling besar dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium. Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera. Hemisfera kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan dan hemisfera kiri pula menerima impuls daripada sebelah kanan badan. Permukaan serebrum berlipat-lipat dan berlingkar-lingkar. Serebrum ialah bahagian terbesar otak manusia yang meliputi 2/3 keseluruhan organ berkenan. Interaksi saraf diantara kedua-dua hemisfera ini dilakukan melalui kopus kasolum yang menghubungi kedua-dua bahagian serebrum ini. Lebih banyak lipatan serebrum, lebih banyak aktiviti mental yang boleh dilakukan oleh otak. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu manakala bahagian dalam serebrum terdiri daripada jirim putih.

Kecerdasan manusia bergantung kepada perkembangan serebrum. Serebrum merupakan pusat semua aktiviti sewaktu individu sedar. Serebrum mengawal segala aktiviti pemikiran, emosi, ingatan dan pembelajaran. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti sebegini menunjukkan adanya aktiviti mental yang dikenali sebagai kecerdasan. Serebrum juga mentafsir semua maklumat yang diterima daripada reseptor deria dan menyebabkan tindakan terkawal sebagai gerak balas kepada rangsangan tersebut.

Bahagian luar serebrum dipanggil korteks yang terdiri daripada sel-sel neuron motor dan banyak interneuron. Permukaan korteks berlipat lendut yang merupakan rabung-rabung bukit dan alur-alur kecil. Korteks melakukan berbagai fungsi tetapi sesuatu fungsi melibatkan lebih daripada satu bahagian korteks. Bahagian-bahagian sensori korteks menerima dan mentafsir maklumat atau impuls daripada penerima maklumat seperti mata, hidung, telinga, lidah dan sentuhan, keskitan, tekanan, kepanasan dan kesejukan pada kulit dan organ-organ lain. Daripada korteks, maklumat dihantar kepada otot-otot dan organ-organ serta bertanggungjawab untuk ingatan, pembelajaran dan berfikir.

CARA-CARA SEL SARAF MEMINDAHKAN MAKLUMAT

Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria sensori dianalisis oleh otak yang menjadi persepsi serta disimpan dalam memori. Otak juga mengeluarkan arahan motor bagi pergerakan otot badan. Otak melakukan tugasan ini dengan bantuan sel saraf serta sel perantara diantara sel saraf. Bilangan sel saraf yang terdapat didalam otak manusia lebih kurang 10 billion.

Komponen utama dalam sistem saraf ialah sel saraf khusus yang dipanggil neuron. Neuron ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi. Bahagian utama neuron ialah jasad sel atau soma dan menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil dendrit. Bersambung dengan soma ialah tiub panjang yang dipanggil akson dan panjangnya berbeza diantara beberapa milimeter hingga satu meter. Akson menjadi saluran yang membolehkan neuron-neuron berkomunikasi diantara satu sama lain (lihat rajah m/s 24).

Akson sesuatu neuron menganjur kepada dendrit sesuatu neuron lain. Hujung akson dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrit neuron yang lain. Ruang diantara butang dan dendrit dipanggil sinaps. Komunikasi diantara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan bahan kimia yang dipanggil neutrotransmiter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrit, dipindahkan kepada badan sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrit neuron yang lain. Melalui cara ini maklumat mengalir dan disalurkan keseluruh sistem saraf; iaitu daripada otak kebahagian-bahagian lain badan dan sebaliknya.

LOKASI FUNGSI-FUNGSI KOGNISI KORTEKS SEREBRUM

Korteks terbahagi kepada hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Setiap hemisfera dibahagikan kepada 4 lobus: hadapan, parietal, oksipital dan temporal (lihat rajah 2.3 m/s 25).

Lobus hadapan terlibat dengan fungsi-fungsi pergerakan serta proses pemikiran peringkat tinggi seperti perancangan. Lobus oksipital terlibat dengan penglihatan manakala lobus temporal terlibat dengan pendengaran serta pengenalan objek-objek. Lobus parietal terlibat dengan beberapa fungsi sensori terutama dalam pemprosesan spatial atau ruangan. Korteks serebrum mempunyai beberapa ciri lipatan ke dalam. Puncak bagi setiap lipatan digelar girus, manakala alur diantara puncak digelar sulkus.

OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

Pada tahun 1836, seorang doktor Peranchis bernama Marc Dax berpendapat terdapat perbezaan fungsi diantara hemisfera kiri dan hemisfera kanan berdasarkan pemerhatian pesakit yang mengidapi penyakit afasia. Afasia merupakan suatu penyakit yang menjejaskan keupayaan berbahasa disebabkan oleh strok atau penyumbatan saluran yang membekalkan darah ke bahagian tetentu korteks serebrum. Pesakit memahami bahasa tetapi kehilangan kebolehan bertutur. Pesakit tidak dapat berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Pesakit juga menghadapi masalah menyatakan buah fikirannya dalam bentuk tulisan. Ini disebabkan luka pada bahagian belakang lobus hadapan. Kini kawasan tersebut digelar kawasan Broca (lihat rajah 2.3 m/s 27). Kebanyakan pesakit yang kehilangan kebolehan bertutur disebabkan kecederaan pada bahagian kiri serebrum.

Walaupun kedua-dua hemisfera otak kelihatan hampir serupa daripada segi anatomi, strukturnya tidak sepenuhnya bersimetri dan juga tidak mempunyai fungsi yang sama. Maklumat yang masuk ke saraf tunjang dari sebelah kiri badan melintas ke sebelah kanan sistem saraf sebelum dihantar ke korteks serebrum (lihat rajah 2.4). Dengan perkataan lain, bahagian kiri badan dihubungkan kepada hemisfera kanan dan bahagian kanan badan dihubungkan kepada hemisfera kiri. Oleh itu kawalan motor dan sensasi tangan kanan oleh hemisfera kiri. Hemisfera kiri dan hemisfera kanan berkomunikasi melalui saluran utama iaitu korpus kalosum.

Kajian yang dijalankan oleh Roger Sperry keatas pesakit split-brain menyokong prinsip pengkhususan fungsi hemisfera. Pesakit split-brain adalah mereka yang dibedah korpus kalosumnya kerana menghidapi penyakit tertentu seperti sawan. Didaptai bahawa hemisfera kiri lebih terlibat dalam proses pemahaman bahasa dan meliputi pertuturan, pendengaran, pembacaan dan penulisan. Pesakit yang cedera pada hemisfera kiri memperolehi markah yang rendah apabila diberikan ujian bahasa. Disamping itu, hemisfera kiri dikhususkanbagi urutan pemahaman temporal, iaitu memproses sebarang rangsangan yang diterima pada jangka waktu yang berlainan. Hemisfera kiri juga dikhususkan untuk pengiraan matematik dan tugas-tugas logikal.

Sebaliknya, hemisfera kanan lebih tertumpu kepada fungsi-fungsi visuospatial, auditori dan sintesis. Contohnya, pesakit yang mengalami kecederaan pada hemisfera kanan menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah-masalah bentuk geometrik, persepsi jarak dan hubung kaitan ruangan. Lihat rajah 2.5 m/s 29 yang menunjukkan beberapa contoh tugas visuospatial. Hemisfera kanan juga dikhususkan untuk stereognosis, iaitu keupayaan mengenal pasti bentuk dan berat sesuatu objek dengan cara mengangkat atau mengendalikannya.

Hemisfera kiri lebih dikhususkan untuk tugas-tugas analisis, iaitu memperincikan sesuatu kepada bahagian-bahagiannya. Hemisfera kanan lebih untuk tugas-tugas sintesis, iaitu menggabungkan bahagian-bahagian tertentu untuk membentuk sesuatu yang baru. Kreativiti terletak pada otak kanan. Kebanyakkan tingkahlaku manusia melibatkan tindakan kedua-dua hemisfera ini.

A Little Black Pen