Stories I only tell my friends: The Power Of Belief-System

August 24, 2011

Break session -Ceritera Purbakala-

Filed under: Uncategorized — mylittleblackpen @ 1:21 pm

Tak payah lah saya menamakan negeri tempat cerita ini tengah dishootingkan. Cerita ini juga tiada apa2 unsur yang menarik, ianya sekadar penglipur lara. Kalau tuan2 tak terlipur maka duduk lah melara. ehem ke ha ha.. suke hati.

Sebermula didalam sebuah negeri ada seorang raja yang betul2 buruk perangai. Bagaimana almarhum ayahandanya melantik baginda menjadi raja, allahualam. Bagaimana baginda bolih lulus ujian kelayakan menjadi raja juga tak dapat dibongkarkan, hanya dia dan juak2nya je yang faham, mungkin baginda menggunakan taktik kotor – itu kata orang2 disana. Lagi pun semasa itu SPRM belum wujud maka berleluasalah kejahatan dan tipu muslihat serta silap mata.

Biodata raja: Nama baginda tak lah indah sangat, Mr.Murung Murahwangsa. Qualification, lulus bachelor of science mengurat – pointer dia rahsiakan, agaknya cukup2 makan lah tu. Hobi baginda pulak membaca komik, surfing internet colum social website. Pakar chating. Lagi satu hobinya yang tak senonoh suka mendera rakyat. Suka menyusahkan rakyat jelata. Makanan kegemarannya yang pelik2, ini lah yang saya nak ceritakan ini. Bab selera makanannya, semua yang dia minta yang pelik2 belaka.

Sabermula lagi, pada suatu hari dia dan perut serta tekaknya mula buat perangai. Maka diperintahkan kapada memanda menteri untuk sekelian rakyat masuk kehutan untuk mencari buah2an yang baginda tak pernah makan. Memanda menteri sibuklah kesana kemari mencari calon2 yang layak. Tapi sayang hari tersebut memanda menteri cuma mampu mendapatkan tiga calon sahaja.

Ok, baginda pun tak kisah. Maka dikerahkanlah ketiga2nya masuk kehutan. Sebelum kehutan mereka diberi sedikit taklimat, “Barangsiapa yang membawa buah2an yang beta pernah makan, maka kamu akan dihukum” baginda berkata dengan tegas dan garang sekali. Maka seorang daripada calon bertanya dengan terketar2, “Apakah hukumannya tuanku?” Jawab raja, “Hukumannya amat memalukan, sehinggakan beta pun segan nak menjelaskannya, memanda menteri jelaskan kapada mereka hukumannya” Didalam hati seorang calon berkata2, “Hait.. jahat2 pun tau malu.” Maka dijawab oleh memanda menteri, “barang siapa melanggar syarat yang tuanku berikan, hukumannya ialah buah yang kamu bawa akan disumbatkan kedalam dubur kamu, faham.”

Ketiga2nya menjawab, “fahammmm. huh mampuih den.” Maka mereka pun masuk kehutan.

Selang tiga hari ketiga2nya pulang dengan koleksi hasil masing2. Dibalirong seri raja sedia menanti dengan juak2nya sambil itu stesen2 TV swasta dijemput untuk membuat liputan langsung. Amat meriah sekali adatistiadat tersebut. Semua perbelanjaan dipinjamkan dari baget negara yang diperuntukkan untuk repair surau.Habis wang negeri, dah tu pecah amanah pulak tu.

Maka ketiga2nya berpeluh2 menunggu bilalah upacara akan dimulakan. “suspen nye.. kata mereka”. “Memang supen pun,kes naye biasak la” kata nenek rugged yang sedang berbaris.

Calon pertama pun dipanggil masuk. Dengan penuh sopan dan confiden dia mengadap sembah. Dia berkira2 didalam hatinya, “buah ni manis pasti tuanku suka punya, belum test belum tau, ye tak”,katanya dalam hati. Maka dipersembahkan buah tersebut, sambil tersenyum2 nak kena. Raja bertempik, gegak gempita bunyinya, “Alaaa, buah ciku..bebalik buah ciku, bebalik buah ciku…Laksama jalankan perintah.” Maka ditangkap lah sibahlul tadi dan dijalankan perintah diraja keatasnya, sehinggakan dia menangis2 dikerjakan.

Selepas dikerjakan dia dilarikan kehospital besar negara dengan ambulan atas kecederaan yang melampau. Besoknya keluar paper muka depan, dia telah jadi almarhum, statement postmortem: pendarahan mengalahkan orang pompuan beranak, kata doktor.Siasatan polis: buang kes, sebab tak tau, bagitu lah laporan akhbar dan internet.

Calon kedua pula dititahkan mengadap. Calon kedua ni macam dah tau je  yang dia pun pasti kantoi punya. Tapi dia mempunyai ilmu kebal yang dipelajari dari atuk sebelah emaknya. Dalam hatinya berkata, “kalau kena kenalah bukan sakit, aku bawak buah mangga. Kan mangga tu kulitnya licin, yang bahlul tadi bawak ciku – kulit ciku kan kesat, cari nayelah dia.” Dia juga dikenakan hukuman yang sama. Belum disuruh menonggeng dia dah menonggeng, punyalah relanya dia. Sambil tu tergelak2 pulak tu.

Raja mula naik angin melihat keletah sibengap ni,”Hiss rengan aje tangan beta ni nak mendukuk, jelaskan kapada beta kenapa kamu tertawa, tak menangis macam sibahlul tadi, cakappppp.” Jawap sibengap, “tak de ape2 tuanku, saje je.” Baginda semakin angin, sambil mencabut keris dipinggang, “cakaaaaaaaaap”. Jawap sibengap dengan terketar2, “Mulalah gagap aku menjadi2 ni, Sesese sebenarnya tuanku saya tak tahan dan geli geleman memikirkan nasib kawan saya yang dibelakang (calon ketiga) tu tuanku.” “Kenapa jadi jadi begitu” tanya tuanku sanbil menyarungkan kembali kerisnya. Kata sibengap, “Kawan saya tu bawak buah durian.”

Raja bertambah berang,  … TAMAT

Nota pendek: Calon ketiga ni tak mati, cuma mengalami sengal2 pinggang setelah menjalani hukuman diraja.

Wassalam.. nak post ke tidak?

Advertisements

%d bloggers like this: