Stories I only tell my friends: The Power Of Belief-System

December 20, 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR -Part 4

Filed under: Uncategorized — mylittleblackpen @ 4:21 am

PEMIKIRAN DAN KECERDASAN

Apakah yang ditarifkan sebagai kecerdasan? Buat masa kini tarif kecerdasan masih dipertikaikan, maka tiada tarif yang tepat dan kesepakatan tentangnya. Hanya tentang ciri-ciri kelakuan yang dikaitkan dengan kecerdasan atau kebolihan intelektual, antara jawapan yang lazim diberi ialah; kebolehan manaakul secara logikal, kebolehan menyelesaikan masalah, kebolehan menghasilkan idea-idea yang luar biasa, kebolehan menganalisa sesuatu, kebolehan mempelajari maklumat baru dan sebagainya.

Perlu difahamkan iaitu kecerdasan ialah satu ‘konstruk’ dan bukan sesuatu benda. Oleh itu amat sukar untuk mendapatkan satu definasi yang dapat menerangkan inti pati kecerdasan dan oleh itu ia hanya boleh ditarifkan menurut tingkahlaku yang ditunjukkan pada tahap kecerdasan tertentu. Juga, kecerdasan tidak boleh dikaitkan dengan satu jenis tingkahlaku tetapi terdiri daripada pelbagai jenis tingkahlahu berfikir. Kecerdasan juga berkaitan dengan beberapa kegiatan kognitif seperti pembelajaran disekolah dan latihan ditempat kerja.

Teori Kecerdasan Triakik

Sternberg (1988) mengemukakan satu teori kecerdasan yang dipanggil ‘Teori Kecerdasan Triakik Manusia’ yang terdiri daripada tiga subteori yang menjurus kepada mentarif dan mengukur kebolehan intelektual atau kecerdasan manusia. Tiga subteori ini ialah, subteori kontektual, subteori eksperential dan subteori komponential.

 KECERDASAN

  • 1.KONTEKTUAL
  • 2.EKPERENTIAL
  • 3.KOMPONENTIAL

METAKOMPONEN

1.Komponen-komponen Prestasi

2. Komponen-komponen Perolehan Pengetahuan

 RajahKomponenteori triakik minda.

Subteori kontektual menekankan pentingnya kecerdasan seseorang diukur dengan mengambil kira konteks budayanya. Subteori ini memperluaskan skop konsep kecerdasan dengan mementingkan peranan persekitaran dan budaya dalam penentuan perlakuan cerdas. Subteori eksperential merujuk kepada satu ketika dalam pengalaman dimana kecerdasan dilibatkan secara mendalam. Pengalaman seseorang boleh meningkatkan kemampuannya menghadapi tugasan baru. Kadangkala kecerdasan individu bertembung dengan perkara atau sistem konseptual baru apabila mindanya belum sedia berfikir. Bagi subteori komponential , Sternberg mengenal pasti tiga komponen, iaitu metakomponen, komponen perlakuan dan komponen pemerolehan ilmu.

1. METAKOMPONEN

Metakomponen ialah proses-proses kawalan peringkat tinggi yang digunakan dalam perancangan, pengesanan dan penilaian sesuatu tugas penyelesaian masalah. Metakomponen ialah proses-proses kawalan yang mengarahkan komponen-komponen apa yang harus dilakukan. Ia juga  menerima maklum balas daripada komponen-komponen lain tentang perjalanan penyelesaian masalah atau prestasi tugas-tugas yang dilakukan. Metakomponen ialah aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam minda individu yang bertanggungjawab mencari jalan bagaimana melakukan sesuatu tugas atau beberapa tugas, dan juga untuk memastikan tugas itu dilakukan dengan betul. Berikut adalah tujuh metakomponen yang penting:

  1. Kebolehan mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu masalah, halangannya bukan kerana mereka tidak tahu membuat penyelesaian, tetapi kegagalan mereka atau tidak dapat menentukan masalah yang hendak diselesaikan.
  2. Kebolehan mendefinasikan ciri-ciri masalah yang dihadapi.
  3. Kebolehan menghasilkan langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan masalah.
  4. Kebolehan memutuskan bagaimana mewakilkan maklumat mengenai masalah.
  5. Kebolehan mengagihkan sumber-sumber mental dan fizikal.
  6. Kebolehan mengesan masalah yang diselesaikan.

2. KOMPONEN-KOMPONEN PRESTASI

Metakomponen dan komponen-komponen prestasi bergerak bersama dan serentak dalam penyelesaian sesuatu masalah. Komponen-komponen prestasi sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah kerana ia melaksanakan strategi penyelesaian masalah tetapi tidak memutuskan apakah strategi yang harus digunakan. Berikut adalah beberapa komponen prestasi yang penting dan sering digunakan dalam penyelesaian masalah seharian:

  1. Mengekod ialah proses dimana kita melihat ciri-ciri sesuatu masalah dan meneroka maklumat sedia ada yang berkaitan dengan masalah yang diselesaikan. Masalah yang dienkod dengan berkesan akan memudahkan penyelesaian.
  2. Inferens ialah komponen prestasi yang terpenting dan merupakan aktiviti mental yang mencari hubungkait antara objek, peristiwa atau isu (iaitu mengisi maklumat yang tidak ada). Contohnya, jika kamu menerima berita bahawa kawan kamu berada di hospital, kamu mungkin membuat inferens bahawa dia adalah sakit atau cedera parah, walaupun berita tadi tidak menyatakan tentang apa yang berlaku.
  3. Pemetaan ialah kebolehan mengenal pasti kaitan peringkat tinggi antara dua butiran maklumat. Pemetaan ada kaitan dengan inferens tetapi berlainan sedikit. Secara umum membuat inferens lebih mudah daripada pemetaan. Pemetaan penting bagi penaakulan analogikal dan penyelesaian masalah kerana kedua-dua aktiviti pemikiran ini memerlukan kepastian pertalian, peringkat tinggi.
  4. Aplikasi pula melibatkan penggunaan pertalian yang telah disimpul kepada penyelesaian sesuatu masalah.
  5. Justifikasi digunakan apabila jawapan yang diperoleh tidak tepat; dan oleh itu kita diperlukan memilih jawapan terbaik diantara pilihan-pilihan yang diberikan.

3. KOMPONEN-KOMPONEN PEMEROLEHAN PENGETAHUAN

Kemahiran mencari dan memperoleh pengetahuan adalah kritikal atau penting dalam mempertingkatkan daya intelek seseorang. Tiga proses yang terlibat dalam usaha penguasaan maklumat ialah:

  1. Pengkodan terpilih yang membezakan antara maklumat releven dan tidak relevan. Sesetengah individu apabila berhadapan dengan pengetahuan, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang memilih untuk mengekod maklumat yang relevan. Jika individu itu lebih sedar apa yang dilakukan, mereka dapat menggunakan proses atau kemahiran tersebut dengan lebih efisen.
  2. Pemilihan kombinasi melibatkan pemilihan maklumat yang dienkod supaya membentuk satu organisasi atau susunan. Contohnya, apabila individu yang menukar maklumat kepada bentuk visual.
  3. Perbandingan terpilih melibatkan mengaitkan maklumat yang baru diperoleh dengan maklumat yang diperoleh terdahulu. Mengaitkan maklumat lama dengan maklumat baru boleh dilakukan dengan menggunakan analogi, metafor dan model; tujuannya ialah untuk memberi makna kepada maklumat baru dengan maklumat lama atau yang diketahui.

Kesimpulan

Teori Triakik Sternberg menunjukkan bahawa kecerdasan melibatkan pelbagai proses pemikiran atau kognitif, sama ada pada peringkat metakomponen, komponen prestasi atau komponen-komponen pemerolehan maklumat.

Bolehkah kecerdasan dipertingkatkan dan bolehkah kecerdasan dipelajari? Penyelidikan dalam psikologi pemikiran telah menjadi tumpuan bidang sains kognitif. Sains kognitif merupakan disiplin bersepadu yang merangkumi pelbagai bidang-bidang pengkhususan yang menfokus kepada mengkaji dan mencadangkan teori bagaimana manusia berfikir. Antara bidang-bidang yang terlibat ialah seperti linguistik, psikologi kognitif, falsafah, semantik, bacaan, neurosains dan sains komputer.

Penyiasatan bertumpu kepada apa yang berlaku diantar rangsangan dan tingkahlaku atau dikenali sebagai misteri ‘peti hitam’. Iaitu, proses-proses kognitif yang berlaku dalam minda manusia semasa melakukan sesuatu tugas mental. Menurut pandangan behavioris, kajian psikologi harus menumpukan kepada bukti-bukti empirikal; tingkahlaku yang boleh diperhatikan berlaku. Kejadian dalaman yang tidak dapat diperhatikan tidak harus dijadikan minat psikologi. Tingkahlaku yang wujud adalah manifestasi atau akibat daripada pemikiran atau tindakan proses mental. Satu kaedah mengenal pasti proses-proses tersebut ialah dengan kaedah introspeksi, iaitu individu meneliti kejadian-kejadian mentalnya dan melaporkan kepada penyelidik.

PROSES PENYELESAIAN MASALAH

Dua aspek mengenai pemikiran akan dibincangkan didalam bab berikut iaitu, Proses Pemikiran dan Kemahiran berfikir. Kekeliruan tentang dua aspek ini amat ketara. Isu-isu ini masih dipertikaikan, bab ini akan cuba menjelaskan perbezaan tersebut.

  • Adakah pengajaran kemahiran berfikir sama dengan mengajar cara penyelesaian masalah?
  • Adakah pemikiran kreatif sama dengan pemikiran kritis?
  • Apakah perbezaan diantara penyelesaian masalah dan membuat keputusan?

PROSES PEMIKIRAN

Proses ditarifkan sebagai urutan peristiwa yang berperingkat dan pada setiap peringkat itu terdapat perubahan. Penyelesaian masalah dan membuat keputusan dianggap sebagai proses pemikiran kerana ia mengikut langkah-langkah tertentu. Semua pemikiran ditujukan kearah menyelesaikan masalah atau memutuskan sesuatu atau kedua-duanya sekali.

Bila disebut mempertingkatkan proses pemikiran, bermaksud menajamkan kebolehan menyelesaikan masalah dan mem buat keputusan.

Apakah perbezaan diantara ‘proses’ pemikiran dan ‘kemahiran berfikir’? Secara umum pemikiran sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda dengan tujuan menyelesaikan masalah dan/atau membuat keputusan. Operasi-operasi mental inilah dikatakan ‘kemahiran berfikir’ yang bertindak keatas maklumat yang diterima melalui deria-deria individu. Kemahiran berfikir ini terdiri daripada kemahiran makro dan kemahiran mikro.

PENYELESAIAN MASALAH                                       (Proses pemikiran)

DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

MENGENAL PASTI MASALAH

MENDEFINASIKAN MASALAH

MENCARI PENYELESAIAN

BERTINDAK

MENILAI KEJAYAAN TINDAKAN

PEMIKIRAN KRITIS                                                       (Kemahiran makro)

PEMIKIRAN KREATIF                                                  (Kemahiran mikro)

  • Inferens
  • Perbandingan
  • Mengesan bias
  • Ramalan
  • Mengesan maklumat

Rajah: komponen-komponen pemikiran

Kemahiran berfikir makro merangkumi tiga jenis pemikiran, iaitu pemikiran strategik, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Lazimnya, dua atau ketiga-tiga pemikiran ini terlibat serentak semasa seseorang menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Pengelolaan jenis-jenis pemikiran ini pula melibatkan pelbagai jenis kemahiran mikro. Contohnya, aktiviti membuat ramalan ialah sebahagian daripada pemikiran kreatif dan aktiviti mengesan bias ialah sebahagian daripada pemikiran kritis. Jenis kemahiran mikro yang digunakan tertakluk kapada matlamat proses pemikiran. Contohnya, jika tujuan tugas ialah menilai kebaikan dan keburukan antara borang x dan borang y, maka kemahiran berfikir mikro yang mungkin digunakan ialah penilaian dimana individu menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kriteria tertentu.

Nota

  • Pemikiran kritis ialah pemikiran reflektif, iaitu memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mentak iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran ini bertumpu untuk memutuskan sama ada sesuatu itu boleh dipercayai atau tidak dengan mencari bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan.
  • Pemikiran kreatif ialah pemikiran yang asli dan kewujudan idea-idea baru. Pemikiran kreatif juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazim, iaitu kebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut berlainan. Ia juga melibatkan kebolehan membina kombinasi idea-idea bagi memenuhi sesuatu keperluan. Dengan lain perkataan pemikir kreatif berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang baru atau berkebolehan mengolah sesuatu yang lama untuk diperbaiki lagi.

PROSES PENYELESAIAN MASALAH

Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manafaat kepada pemantapan minda. Kegiatan ini tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuh kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada kita memerhati cara seseorang mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada kita menunjukkan kebolehan mengaplikasi sesuatu prinsip, kaedah atau teori kepada proses penyelesaian masalah.

Manafaat kegiatan penyelesaian masalah:

PENYELESAIAN MASALAH

  • Melatih kemahiran merancang
  • Memberi peluang mengaplikasi  pengetahuan dan kemahiran
  • Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
  • Mempertingkatkan penguasaan bahasa
  • Menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis
  • Memperkembangkan keyakinan dan kepakaran
  • Menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan
  • Mungkin melibatkan kerja berkumpulan

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

Masalah terdiri dari yang berstruktur dan tidak berstruktur. Contoh masalah yang berstruktur seperti matematik dan fizik. Bagi masalah sebegini, segala maklumat yang diperlukan  telah disediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam kehidupan seharian kita menghadapi pelbagai masalah sosial, politik, ekonomi, etika dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses penyelesaian mengikuti urutan langkah-langkah tertentu. Langkah-langkah penyelasaian masalah berstruktur seperti berikut:

  • MENGENAL PASTI MASALAH
  • MENDEFINASIKAN MASALAH
  • MENCARI PENYELESAIAN
  • BERTINDAK
  • MENILAI KEJAYAAN TINDAKAN

LANGKAH 1. Mengenal pasti masalah

Adalah langkah terpenting dalam proses penyelesaian masalah. Terutama dalam masalah tersirat atau kabur dan tidak nyata. Tanpa penentuan masalah tentulah sukar mencari penyelesaiannya. Lazimnya seorang pakar lebih cekap mengenal pasti masalah dalam bidang kepakarannya berbanding dengan seorang novis. Sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan selagi matlamatnya tidak jelas.

Contohnya, masalah yang dihadapi ialah pelajar yang tidak tahu mentafsir graf. Matlamatnya ialah supaya pelajar boleh mentafsir graf tetapi ada rintangan tertentu yang menghalang pencapaian matlamat berkenaan. Rintangan itu boleh jadi merupakan tidak tahu kaedah membuatnya atau tidak tahu proses atau prosedur mencapai matlamat.

MASALAH >>> RINTANGAN >>> MATLAMAT

LANGKAH 2. Mendefinasikan masalah

Setelah pasti bahawa sesuatu masalah wujud langkah seterusnya ialah untuk memahami dan mendefinasikannya. Untuk memahami sesuatu masalah kita harus menghuraikan komponen-komponen masalah itu dan mengoperasikannya supaya mudah diselesaikan. Adalah lebih berkesan sekiranya masalah itu diterjemahkan kedalam bentuk imageri atau grafik. Contohnya didefinasikan dalam bentuk imageri dan rajah untuk memudahkan kefahaman.

Lazimnya individu yang menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah dalah kerana mereka tidak faham masalah berkenaan. Soalan-soalan berikut dapat membantu individu memahami sesuatu masalah:

  • Apakah yang perlu diketahui?
  • Apakah yang masih tidak diketahui?
  • Apakah penyelesaian yang dicari?
  • Apkah yang menghalang mencapai penyelesaian?

LANGKAH 3. Mencari Penyelesaian

Individu hendaklah berfikir secara sistematik dan merancang strategi tindakan. Ini adalah untuk mengurangkan kemungkinan bertindak tergesa-gesa, meneka tanpa berfikir atau pun menyerah kalah. Mereka yang pakar menyelesaikan masalah jarang  memperolehi jawapan serta merta kerana perancngan teliti diperlukan dalam penyelesaian sesuatu masalah.

LANGKAG 4. Bertindak

Setelah mendpat penyelesaian yang sesuai, langkah seterusnya ialah untuk melaksanakannya. Sebarang tindakan atau penyelesaian hendaklah mengambil kira kesan atau akibat daripada tindakan tersebut. Strategi yang paling sesuai dipilih bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai.

LANGKAH 5. Menilai Kejayaan Tindakan

Setiap tindakan yang diambil hendaklah dinilai sejauh mana ianya berkesan. Apakah perbezaan diantara dahulu dengan keadaan sekarang? Adakah tindakan yang diambil mencapai matlamat? Mengesan kemajuan dengan menentukan sejauh manakah matlamat itu tercapai dan adakah perlu menukar strategi penyelesaian. Apakah kelemahan dan kebaikan tindakan itu? Berikut ialah beberapa contoh soalan yang dikemukakan untuk menilai penyelesaian yang dipilih dan tindakan yang diambil. Adakah tindakan yang diambil lebih menjimatkan?: menambahkan pengeluaran?; memudahkan penggunaan?: mencantikkan keadaan?: atau mengurangkan pembaziran?. Sekiranya penyelesaian yang dipilih tidak mencapai matlamat, maka perlulah dipilih penyelesaian yang lain atau mengulangi proses penyelesaian masalah.

BEBERAPA HEURISTIK PENYELESAIAN MASALAH

Heuristik ialah sesuatu strategi atau teknik mental yang dilakukan tetapi tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian  yang diingini. Berikut ialah beberapa heuristik yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan proses penyelesaian masalah:

  • Pecahkan masalah kapada bahagian-bahagian kecil yang mudah diuruskan. Kegagalan berbuat sedemikian akan menjadikan sesuatu masalah komplek sukar diselesaikan tetapi apabila diperincikan kapada masalah-masalah kecil, mencari penyelesaiannya akan menjadi lebih mudah.
  • Ambil kira semua faktor, iaitu cuba dapatkan gambaran menyeluruh, dan kemudian mengasingkan fakta-fakta penting.
  • Bermula dari belakang dimana langkah yang akhir diberi perhatian dahulu dan kemudian berganjak kelangkah pertama untuk menyemak sama ada ia menepati matlamat.
  • Fikir tentang masalah yang sama yang pernah dihadapi atau bagaimana orang lain menyelesaikan masalah yang hampir sama. Bagaimana masalah itu diselesaikan? Bagaimana ianya dapat membantu menyelesaikan masalah ini?
  • Apabila ditahap kebuntuan dan menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah, adalah lebih baik meninggalkan masalah tersebut buat seketika. Akan ada ketikanya secara spontan kita mendapat idea bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi. Fenomena ini dipanggil mengeram (incubation). Apabila seseorang meninggalkan masalah yang cuba diselesaikan, secara tidak langsung idea-idea awal dilupa dan diganti dengan idea-idea baru.
  • Mencipta metafor dan analogi diantara masalah yang dihadapi.

A Little Black Pen

 

Advertisements

%d bloggers like this: