Stories I only tell my friends: The Power Of Belief-System

December 29, 2011

Lapan cara saya temui disepanjang perjalanan saya, bagaimana untuk membina sikap saya

Filed under: Uncategorized — mylittleblackpen @ 1:24 pm

Assalamaualaikom. Kemana juga saya pergi – bertanyakan kepada siapa sahaja, tanpa mengira peringkat umur. Orang yang bagaimana yang kamu sukakan? Jawabannya _ “pastilah orang yang baik peribadinya”. Nah disini jelas bahawa sikap(attitude) merukan asset penting dalam kehidupan kita. Ianya tidak boleh dipandang remeh – dan ia juga harus dibangunkan, demi untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang dalam kehidupan yang amat luas ini.
Sepanjang waktu membesar, kita sendiri yang membentuk sikap yang menjadi darah daging kita. Tidak diragukan adalah lebih mudah dan lebih baik memperoleh sikap positif sepanjang waktu kita membesar.  Ini tidak bermakna seandainya kita mendapat sikap negatif secara dibentuk atau tidak sengaja, kita tidak boleh berubah daripada sikap tersebut? Tentu tidak. Bolehkah kita berubah? Ya, ianya amat mudah.
Bagaimana untuk membina dan memelihara sikap positif? Tiga langkah pertama yang perlu anda ambil ialah:
  1. Sedar dan tahu prinsip-prinsip yang membina sikap positif.
  2. Punyai keinginan yang amat tinggi untuk menjadi positif.
  3. Mempunyai disiplin dan dedikasi untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang positif.
 Sebagai orang dewasa, tanpa mengira persekitaran, taraf pendidikan dan pengalaman, siapakah yang bertanggungjawab keatas sikap kita? KITA! Kita harus memikul tanggungjawab atas sikap dan kehidupan kita, kita sering menyalahkan orang lain dan situasi tapi jarang menyalahkan diri kita sendiri. Ianya bergantung kepada kita  untuk memilih sikap kita setiap pagi. Kita harus bertanggungjawab keatas kelakuan dan tindakan kita.
Orang yang bersikap negatif akan menyalahkan seluruh dunia, penjaga mereka, guru, pasangan, ekonomi atau kerajaan diatas semua kegagalan mereka. Faktor dalaman mereka jarang dinilai dan diperbetulkan.
Ayuh! – anda semua dan saya harus meninggalkan masa lampau. Bina hidup dan masuk kelandasan yang betul. Bawa impian anda bersama dan maju kehadapan. Fikirkan perkara yang positif yang mempunyai nilai, yang akan meletakkan kita kedalam keadaan minda yang positif. Jika anda ingin membina dan memelihara sikap positif – anda harus sedar dan tekun untuk mengamalkan langkah-langkah berikutnya:
  1. Tukar tumpuan, carilah semua yang positif – Anda harus menjadi “Good Finders”. Kita tumpukan kepada yang positif dalam kehidupan. Mulakan dengan melihat apa yang betul pada seseorang atau situasi daripada mencari apa yang salah. Kalau kita asyik mencari keburukan seseorang, pasti kita lupa untuk menilai kebaikan mereka. Kita akan menemui apa yang kita cari. Kalau kita mencari persahabatan, kegembiraan dan sebagainya, itulah yang kita dapat. Cari lah semua yang positif sahaja untuk memasuki jiwa anda.
  2. Jadikan kebiasaan melakukan apa jua sekarang – Kita sering melengah-lengahkan untuk melakukan sesuatu perkara. Penanguhan ialah sikap negatif. Sifat suka menanguhkan perkerjaan lebih menjadikan kita penat daripada mengambil usaha untuk melaksanakannya. Jika anda ingin membina dan memelihara sikap positif, jadikan kebiasaan hidup pada hari ini dan lakukan sekarang.
  3. Binalah sikap kesyukuran – Kiralah rahmat, kebaikan yang anda miliki daripada sedikit  masalah yang anda temui. Didalam sepuluh rahmat, pasti ada satu atau dua masalah. Bertujuan supaya kita mensyukuri dan menggunakan rahmat yang ada.Untuk mengingatkan kita bahawa kita memiliki apa yang orang lain tidak punya. Bersyukurlah!
  4. Pastikan kita sentiasa mendapat program pendidikan yang berterusan – Adakah kita betul-betul menjadi terdidik di sekolah dan kolej? Sedikit ya, tetapi lebih tidak. Kita cuma menerima sebanyak mungkin maklumat semasa disekolah dan kolej. Maklumat yang banyak tidak semestinya bernilai tinggi. tetapi kita perlu tahu dan faham akan makna kebenaran maklumat tersebut. Pendidikan intelektual mempengaruhi pemikiran tetapi Pendidikan asas-nilai mempengaruhi perasaan dan hati (jiwa). Pendidikan tanpa mempunyai jiwa(kemurnian) amat membahayakan. Sekurang-kurangnya kita harus memperoleh tahap pendidikan moral dan ethical yang minima (karektor). Kita tidak perlukan lebih pendidikan akedemik; kita perlukan lebih kepada pendidikan nilai (moral). Adakah kita akan menjadi guru, ibubapa, pemimpin dan sebagainya tanpa memiliki peribadi yang positif?
  5. Bina sikap yakin-diri yang positif – Yakin-diri ialah cara kita menilai dan merasakan tentang diri kita. Bila kita merasa bagus, baik dan positif, perfomance kita akan melonjak, perhubungan kita dirumah dan tempat kerja akan meningkat. Dunia akan lebih indah dipandang. Kenapa jadi begini? Disini  terdapat hubung-kait diantara persaan dan kelakuan. Bila persaan kita harmoni, seimbang atau tidak celaru kita akan berkelakuan positif dan begitu juga sebaliknya.
  6. Jauhkan diri daripada pengaruh negatif – Kita seringkali amat takut untuk menyatakan “Tidak, terima kasih” kepada jemputan yang bersifat negatif. Pinggirkan diri daripada pengaruh-pengaruh negatif. Apakan pengaruh negatif yang harus dijauhkan: (1). Orang yang negatif- Kalau kita bergaul dengan pemikir, tak mustahil anda akan menjadi pemikir, bergaul dengan pengkritik, juga tak mustahil anda mampu menjadi pengkritik yang lebih hebat. Jangan benarkan orang yang bersifat negatif memandu kehidupan anda.(2). Merokok, dadah dan alkohol – Minum alkohol dan memandu, menggadaikan nyawa. (3). Pornograpi – Amat megecewakan melihat bagaimana setengah orang menjadikan pembikinan pornograpi sebagai perniagaan mereka. Dan apa pula “orang sakit” yang membelinya. Pornograpi menyumbang kepada – pembinasakan individu, institusi keluarga dan masyarakat.
  7. Belajar mencintai perkara yang perlu dilakukan – Sesuatu harus dilakukan sama ada anda menyukainya atau tidak, misalnya seorang ibu memelihara anak-anak yang masih kecil. Ia bukan suatu tugasan yang menyeronokkan, mungkin amat memenatkan. Jika anda belajar mencintai tugasan anda – yang mustahi menjadi tidak mustahil. Mulakan dengan melakukan apa yang perlu, kemudian apa yang termampu, dan tiba-tiba anda sedang melakukan perkara yang mustahil.
  8. Mulakan hari anda dengan positif – Baca atau dengar kepada sesuatu yang positif setiap hari diawal pagi. Selepas kita mendapat tidor yang cukup membuatkan penerimaan-separa-sedar(minda) anda akan menerima apa yang diperintahkan kepadanya dengan amat mudah sekali. Aturkan kerangka kerja yang positif untuk hari tersebut. Amalkan merangka dan memiliki pemikiran yang positif setiap kali bangun daripada  tidur diwaktu pagi. Jika anda ingin mengubah kehidupan anda, mulai segera dan lakukannya dengan bersemangat.

NILAI-NILAI YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG BERJAYA

Kejadian manusia tidak sama, malahan jauh berbeza daripada kejadian pokok, buah atau haiwan. Sebiji buah tidak mampu samada untuk menjadi sebatang pohon besar atau untuk menjadi makanan tupai.Manusia punyai pilihan.Seandainya alam memberikan kita apa sahaja: kita masih mampu membuat pilihan sekiranya kita mempunyai nilai-nilai berikut:
  1. Keinginan – Motivasi datangnya daripada keinginan membara untuk mencapai maksud atau sesuatu. Apa juga yang difahami dan dipercayai oleh pemikiran seorang manusia, ianya boleh dicapai. “Keinginan membara” adalah titik permulaan kapada semua pelaksanaan. Umpamakan seakan api yang kecil tidak memberikan kehangatan yang tinggi, samalah “keinginan yang lemah” tidak akan memberikan hasil yang hebat.
  2. Komitmen – Kejujuran dan kebijaksanaan merupakan dua sokongan untuk membina dan memelihara komitmen. Kejujuran ialah melaksanakan komitmen meskipun anda kehilangan sesuatu yang berharga dan kebijaksanaan ialah tidak melakukan tugasan bodoh. Bila kita bermain untuk menang, kita bermain dengan semangat dan komitmen. Tetapi bila kita bermain untuk tidak kalah, kita bermain daripada kedudukan kelemahan seseorang. Apakah mempergunakan kelemahan seseorang itu dikira wajar?
  3. Tangung-jawab – Orang yang berperibadi ialah orang yang mampu memikul tanggung-jawab. Mereka membuat keputusan dan menentukan untung nasib mereka sendiri dalam kehidupan. Tanggung-jawabnya untuk mengambl risiko dan tetap bertanggong-jawab walaupun kadang-kadang keadaan yang tidak selesa. Memikul tanggung-jawab melibatkan mengambil kira, tidak bodoh, mengambil risiko – bermakna menilai segala pro dan con, kemudian mengambil keputusan atau bertindakan yang tepat.
  4. Berkerja keras – Sukses memerlukan banyak persediaan dan karektor. Semua orang suka akan kemenangan tetapi berapa ramai yang rela melaburkan masa dan tanaga untuk membuat persediaan untuk kemenangan? Ianya memerlukan pengorbanan dan disiplin-diri.Jadi tidak ada gantian untuk kerja keras. Lebih kuat anda berkerja, lebih baik nasib yang anda dapatkan. Profesional melakukan kerjanya nampak mudah kerana mereka telah menguasai asas-asas tentang apa yang mereka lakukan. Ekselen bukanlah nasib, ianya merupakan hasil daripada kerja keras dan latihan. Kerja keras dan latihan menjadikan seseorang itu lebih baik dalam apa juga perkerjaan yang dilakukan.
  5. Karektor – Karektor merupakan himpunan nilai seseorang, kepercayaan dan keperibadian. Ianya terserlah dalam bentuk kelakuan, pada tindakan-tindakan mereka. Ianya perlu dipelihara lebih daripada permata yang termahal didunia. Karektor ialah gabungan antara kejujuran, tidak mementingkan diri, kefahaman, keyakinan, keberanian, kesetiaan dan perasaan menghurmati.
  6. Kepercayaan positif – Apa bezanya diantara pemikiran positif dan kepercayaan positif? Pemikiran positif lebih baik daripada pemikiran negatif. Kepercayaan positif adalah tersangat baik daripada pemikiran positif. Kepercayaan positif ialah sikap keyakinan yang datangnya bersama persediaan.
  7. Beri lebih daripada apa yang anda dapat – Kebaikan yang anda dapat ialah: Anda membuatkankan diri anda berharga, tanpa mengira apa yang dilakukan dan dimana anda berkerja. Ianya juga memberikan keyakinan diri kerana semua orang mula melihat dan menerima kehadiran anda. Kepercayaan mula diletakkan kapada anda, ini tanda-tanda penghurmatan mula diberikan kapada anda. Ia juga melahirkan ketaatan diantara orang bawahan dan orang atasan anda. lantas ia membina kerja-sama.
  8. Kuasa ketekunan – Tiada satu akan mengambil tempat ketekunan; bakat tidak, ramai orang berbakat. Genius juga tidak, pendidikan juga tidak, dunia ini penuh dengan manusia terpelajar. Ketekunan ialah kemampuan mengatasi rintangan dan bangun semula dengan cara penyelesaian yang lebih hebat atau berkesan. Cabaran merupakan permainan yang disukai oleh ketekunan. Ketekunan merupakan komitmen menyelesaikan apa yang dimulakan. Mereka yang tekun tidak akan berhenti sebelum tugasannya tercapai.Ketekunan datangnya daripada sebab, hidup tanpa tujuan adalah ibarat sampah yang hanyut.
  9. Bangga dengan kemampuan – Bangga dengan kemampuan tidak mewakili ego.Bangga yang  diwakili dengan kenikmatan dengan kerendahan hati. Mutu kerja dan mutu pembuatnya tidak dapat dipisahkan. Usaha separuh-hati tidak menghasilkan separuh hasil kerja, ianya melahirkan tiada hasil. Kecemerlangan datangnya hasil daripada pembuatnya melakukan yang terbaik. Setiap kerja merupakan gambaran diri si-pembuatnya tanpa mengira apa jenis pekerjaan. Kebanyakan orang lupa akan berapa pantas anda melakukan sesuatu tugasan, tetapi mereka sering mengingati betapa bagusnya kerja itu dilakukan. Jadi adalah lebih baik melakukan tugasan kecil yang bermutu darpada tugasan yang banyak tetapi tidak berkualiti.
  10. Rela untuk menjadi pelajar – Pilihlah mentor anda dengan berhati-hati. Yang boleh memberi panduan dan arah; tunjukkan rasa hurmat, jadilah pelajar yang sentiasa menaruh minat, pelajar yang menarik, kerana semua guru sukakan pelajar yang berminat untuk belajar. Guru yang baik tidak akan memberikan sesuatu untuk diminum, mereka akan membuat anda sentiasa dahaga. Mereka akan meletakkan anda dalam suasana untuk mendapatkan jawapan.

Kehidupan ini ibaratkan “pembalikan gema”

Seorang kanak-kanak kecil marah kapada ibunya dan menjerit, “Saya bencjkan awak, saya bencikan awak.” Disebabkab takut akan teguran ibunya dia berlari keluar rumah. Dia pergi jauh kesebuah lembah dan menjerit lagi, “Saya bencikan awak, saya bencikan awak,” dan laungannya kembali membalik dan megajukkan dalam berbentuk gema, “Saya bencikan awak, saya bencikan awak.” Ini merupakan pertama kali dalam hidupnya dia mendengar gema. Dia ketakutan, berlari pulang mengadu kapada ibunya dan berkata disana ada seorang budak nakal di lembah sana yang menjerit kepadanya, “Saya bencikan  awak, saya bencikan awak.” Ibunya faham dan meminta anaknya pergi semula kesana dan menjerit, “Saya sayangkan awak, saya sayangkan awak,” dan laungannya kembali bergema. Tragedi itu menjadi pengajaran kepada anak kecil tersebut – bahawa kehidupan kita umpama pembalikan gema: Kita dapat kembali apa yang kita berikan. Seandainya kita berbuat baik kapada orang lain, sebenarnya kita berbuat baik juga kapada diri kita. Kebaikan mempunyai jalan tersendiri untuk dikembalikan. Jangan terlalu mengharapkan pembalasasn, ianya pasti datang secara tidak disedari.

Thank Shiv

Education does not mean good judgment – There is a story about a man who sold hotdogs by the roadside. He was illiterate, so he never read newspaper. He was hard of hearing, so he never listened to the radio. His eyes were weak, so he never watched television. But enthusiastically, he sold lots of hotdogs. His sales profit went up. He ordered more meat and got himself a bigger and better stove. As his business was growing, the son, who had recently graduated from college, joined his father.
Then something strange happened. The son asked, “Dad, aren’t you aware of the greatest recession that is coming our way?” The father replied, “No, but tell me about it”. The son said, “The international situation is terrible. The domestic is even worse. We should be prepared for the coming bad time.” The man thought that since his son had been to college, read the papers, and listen to the radio, he ought to know, and his advice should not be taken lightly. So the next day, the father cut down his order for the meat and buns, took down the sign and was no longer enthusiastic. Very soon, fewer and fewer people bothered to stop at his hotdog stand. And his sales started coming down rapidly. The father said to his son, “Son, you were right. We are in the middle of a recession. I am glad you warned me ahead of time.”
What is the moral of the story?
             1.Many times we confuse intelligence with good judgment.
             2.A person may have high intelligence but poor judgment.
             3.Choose your advisor carefully and use your judgment.
             4.A person can and will be successful with or without formal education if they have the 5Cs.
  • Character
  • Commitment
  • Conviction
  • Courtesy
  • Courage
5.The tragedy is that there are many walking encyclopedias who are living failures.
Intelligence is quickness to learn. Ability is the skill to apply what is learned. Competence is the ability and the desire to apply what is learned. Desire is the attitude that makes a skillful person competent. Many skillful people are incompetent. Ability without the right attitude is wasted.

A Little Black Pen

Advertisements

%d bloggers like this: