Stories I only tell my friends: The Power Of Belief-System

January 27, 2012

PENTINGNYA “SIKAP” DALAM MENEROKAI KEHIDUPAN

Filed under: Uncategorized — Tags: — mylittleblackpen @ 11:07 am

Ada seorang penjaja yang menjadikan penjualan belon untuk menyara kehidupannya. Dia menjual pelbagai warna belon,biru,kuning,putih dan merah. Bila ekonomi menjadi celaru, perniagaanya mulai menurun. Dia  mencuba  menambah nilai kapada produk jualannya, dengan mengisikan gas helium kedalam belon tersebut dan mampu terbang, membuatkan kanak-kanak mula menyukainya. Penjualannya meningkat kembali. Suatu hari, seorang pelangannya, seorang anak kecil bertanyakan,”Kalau kamu lepaskan belon berwarna hitam, adakah ianya bolih terbang juga?” Tertarik dengan soalan anak itu, penjaja tersebut menjawap dengan tegas,”Nak.. bukan kerana warna belon itu yang diambil kira, tapi apa yang ada di dalamnya yang membuatkan ia mampu terbang.”

Perkara yang sama berlaku dalam kehidupan. Apa yang berada dalam diri kita diambil kira. Faktor dalaman kita yang menjadikan kita terbang tinggi ialah sikap kita. Kenapa sesetengah individu, pertubuhan atau negara lebih berjaya antara satu sama yang lain? Segala-galanya bergantung kepada mutu seseorang atau rakyatnya. Kajian telah membuktikan bahawa sumber manusia merupakan aset bernilai untuk sesuatu institusi atau negara. Malangnya, ianya juga terbuang tanpa nilai yang bolih dipergunaka.

NILAI-NILAI YANG DIMILIKI OLEH ORANG YANG BERJAYA

Kejadian manusia tidak sama, malahan jauh berbeza daripada kejadian pokok, buah atau haiwan. Sebiji buah tidak mampu samada untuk menjadi sebatang pohon besar atau untuk menjadi makanan tupai.Manusia punyai pilihan.Seandainya alam memberikan kita apa sahaja: kita masih mampu membuat pilihan sekiranya kita mempunyai nilai-nilai berikut:
  1. Keinginan – Motivasi datangnya daripada keinginan membara untuk mencapai maksud atau sesuatu. Apa juga yang difahami dan dipercayai oleh pemikiran seorang manusia, ianya boleh dicapai. “Keinginan membara” adalah titik permulaan kapada semua pelaksanaan. Umpamakan seakan api yang kecil tidak memberikan kehangatan yang tinggi, samalah “keinginan yang lemah” tidak akan memberikan hasil yang hebat.
  2. Komitmen – Kejujuran dan kebijaksanaan merupakan dua sokongan untuk membina dan memelihara komitmen. Kejujuran ialah melaksanakan komitmen meskipun anda kehilangan sesuatu yang berharga dan kebijaksanaan ialah tidak melakukan tugasan bodoh. Bila kita bermain untuk menang, kita bermain dengan semangat dan komitmen. Tetapi bila kita bermain untuk tidak kalah, kita bermain daripada kedudukan kelemahan seseorang. Apakah mempergunakan kelemahan seseorang itu dikira wajar?
  3. Tangung-jawab – Orang yang berperibadi ialah orang yang mampu memikul tanggung-jawab. Mereka membuat keputusan dan menentukan untung nasib mereka sendiri dalam kehidupan. Tanggung-jawabnya untuk mengambl risiko dan tetap bertanggong-jawab walaupun kadang-kadang keadaan yang tidak selesa. Memikul tanggung-jawab melibatkan mengambil kira, tidak bodoh, mengambil risiko – bermakna menilai segala pro dan con, kemudian mengambil keputusan atau bertindakan yang tepat.
  4. Berkerja keras – Sukses memerlukan banyak persediaan dan karektor. Semua orang suka akan kemenangan tetapi berapa ramai yang rela melaburkan masa dan tanaga untuk membuat persediaan untuk kemenangan? Ianya memerlukan pengorbanan dan disiplin-diri.Jadi tidak ada gantian untuk kerja keras. Lebih kuat anda berkerja, lebih baik nasib yang anda dapatkan. Profesional melakukan kerjanya nampak mudah kerana mereka telah menguasai asas-asas tentang apa yang mereka lakukan. Ekselen bukanlah nasib, ianya merupakan hasil daripada kerja keras dan latihan. Kerja keras dan latihan menjadikan seseorang itu lebih baik dalam apa juga perkerjaan yang dilakukan.
  5. Karektor – Karektor merupakan himpunan nilai seseorang, kepercayaan dan keperibadian. Ianya terserlah dalam bentuk kelakuan, pada tindakan-tindakan mereka. Ianya perlu dipelihara lebih daripada permata yang termahal didunia. Karektor ialah gabungan antara kejujuran, tidak mementingkan diri, kefahaman, keyakinan, keberanian, kesetiaan dan perasaan menghurmati.
  6. Kepercayaan positif – Apa bezanya diantara pemikiran positif dan kepercayaan positif? Pemikiran positif lebih baik daripada pemikiran negatif. Kepercayaan positif adalah tersangat baik daripada pemikiran positif. Kepercayaan positif ialah sikap keyakinan yang datangnya bersama persediaan.
  7. Beri lebih daripada apa yang anda dapat – Kebaikan yang anda dapat ialah: Anda membuatkankan diri anda berharga, tanpa mengira apa yang dilakukan dan dimana anda berkerja. Ianya juga memberikan keyakinan diri kerana semua orang mula melihat dan menerima kehadiran anda. Kepercayaan mula diletakkan kapada anda, ini tanda-tanda penghurmatan mula diberikan kapada anda. Ia juga melahirkan ketaatan diantara orang bawahan dan orang atasan anda. lantas ia membina kerja-sama.
  8. Kuasa ketekunan – Tiada satu akan mengambil tempat ketekunan; bakat tidak, ramai orang berbakat. Genius juga tidak, pendidikan juga tidak, dunia ini penuh dengan manusia terpelajar. Ketekunan ialah kemampuan mengatasi rintangan dan bangun semula dengan cara penyelesaian yang lebih hebat atau berkesan. Cabaran merupakan permainan yang disukai oleh ketekunan. Ketekunan merupakan komitmen menyelesaikan apa yang dimulakan. Mereka yang tekun tidak akan berhenti sebelum tugasannya tercapai.Ketekunan datangnya daripada sebab, hidup tanpa tujuan adalah ibarat sampah yang hanyut.
  9. Bangga dengan kemampuan – Bangga dengan kemampuan tidak mewakili ego.Bangga yang  diwakili dengan kenikmatan dengan kerendahan hati. Mutu kerja dan mutu pembuatnya tidak dapat dipisahkan. Usaha separuh-hati tidak menghasilkan separuh hasil kerja, ianya melahirkan tiada hasil. Kecemerlangan datangnya hasil daripada pembuatnya melakukan yang terbaik. Setiap kerja merupakan gambaran diri si-pembuatnya tanpa mengira apa jenis pekerjaan. Kebanyakan orang lupa akan berapa pantas anda melakukan sesuatu tugasan, tetapi mereka sering mengingati betapa bagusnya kerja itu dilakukan. Jadi adalah lebih baik melakukan tugasan kecil yang bermutu darpada tugasan yang banyak tetapi tidak berkualiti.
  10. Rela untuk menjadi pelajar – Pilihlah mentor anda dengan berhati-hati. Yang boleh memberi panduan dan arah; tunjukkan rasa hurmat, jadilah pelajar yang sentiasa menaruh minat, pelajar yang menarik, kerana semua guru sukakan pelajar yang berminat untuk belajar. Guru yang baik tidak akan memberikan sesuatu untuk diminum, mereka akan membuat anda sentiasa dahaga. Mereka akan meletakkan anda dalam suasana untuk mendapatkan jawapan.

Hari ini saya luangkan masa 30 minit untuk berfikir tentang hidup

Disini ada percanggahan – jika kehidupan penuh dengan pelbagai pilihan, dimana letaknya persoalan tolak-ansur? Malahan tolak-ansur juga merupakan satu pilihan. Sekarang saya cuba menilainya.
Bagaimana dikatakan kehidupan penuh dengan pilihan?
Jika saya punyai pilihan, hidup ini amat mudah bagi saya. Saya bolih menolak yang itu dan ini, memilih yang itu dan ini…. 
Bila saya makan terlalu banyak, saya membuat pilihan untuk menjadi gemuk. Bila saya minum dan memandu, saya membuat pilihan mengambil risiko untuk terbunuh atau membunuh dalam sesuatu kemalangan jalanraya. Kalau saya melayan orang lain dengan buruk, saya membuat pilihan untuk dilayan dengan buruk sebagai balasan. Seandainya saya tidak prihatin akan orang lain, saya membuat pilihan untuk tidak dipedulikan oleh orang lain.
Setiap pilihan punya akibat. Saya bebas untuk membuat pilihan tetapi selepas memilih, pilihan itu akan mengawal saya. Pilihan itu adalah milik saya. Pilihan itu boleh diumpamakan sebagai seorang pembuat tembikar, yang mampu membentuk tanah liat menjadi apa juga bentuk yang dia suka. Samalah seperti saya boleh membentuk kehidupan saya kapada bentuk-bentuk yang saya suka. Mudah kalau berdepan dengan perkara yang subjektif.
Bagaimana dikatakan hidup penuh dengan tolak-ansur?
Disini mula timbul masalah, situasi disini saya tidak ada kuasa memilih dan menolak. Dimana saya perlu bertolak-ansur dengan keadaan. Saya tidak dapat memenuhi apa yang saya inginkan.
Kehidupan ini bukan sahaja dipenuhi dengan keseronokan; ia juga menyakitkan dan mengecewakan. Perkara-perkara yang tidak dinginkan berlaku. Kadang-kadang sesuatu menjadi terbalik, perkara buruk terjadi kapada orang baik. Semuanya diluar kawalan, umpama saya tidak boleh memilih ibubapa saya atau keadaan kelahiran saya. Disini secara total saya tidak ada pilihan. Apa yang harus saya lakukan. Disini saya dikenakan juga untuk membuat pilihan secara terpaksa.
Satu minggu saya tak mampu menemui jawapan – saya cuma biarkan sahaja “tanda tanya” tersebut, berehat saja. Cuaca cerah, jauh disana ditengah laut berpuluh-puluh perahu-layar balayar laju dalam pelbagai arah. Bagaimana ini boleh berlaku? Sedangkan angin bertiup pada satu arah sahaja, perahu layar  meluncur dalam arah yang berbeza antara satu dengan yang lain. Apa yang mengawal arah perahu tersebut? Ianya bergantung pada cara kemudi perahu itu dilaraskan, dan ini ditentukan oleh pelayarnya. Samalah juga seperti kehidupan, saya tidak boleh memilih arah angin yang saya inginkan, tetapi saya punya pilihan bagaimana untuk melaraskan pelayaran untuk sampai ketempat yang saya inginkan. Apa itu angin? Apa itu perahu-layar dan siapa pelayar itu?
Persoalan menjadi jelas sekarang. Saya hanya bolih memilih “sikap” saya, sikap saya adalah hak mutlak saya, tidak ada siapa yang bolih mengawalnya. Cuma “akibat” nya diluar kuasa pilihan saya. Apa juga yang saya lakukan, saya hanya bolih meramalkan akibatnya. Menentukan akibatnya diluar kuasa saya.  Umpamakan saya sakit – saya tidak punya pilihan untuk menolak sakit, ianya hukum alam, sikap saya lah yang akan menyelamatkan atau membunuh saya, ikhtiar untuk sembuh atau biarkan saja menunggu mati. Saya mesti bersikap sebagai pemenang atau mangsa keadaan. Sikap saya yang menentukan untung nasib saya.Saya tidak ada kuasa mengawal segala peristiwa yang berlaku dalam hidup saya, apa yang boleh saya lakukan adalah mengawal bagaimana menguruskannya.
Saya semakin yakin sekarang akan jawapannya jika berdepan dengan keadaan yang saya tidak inginkan – hanya dua pilihan “tolak-ansur” dengan keadaan yang saya ada. Pertama mengubah nasib buruk tersebut dan saya selamat. Seandaikan saya tidak mampu mengubahnya, pilihan kedua ialah menyesuaikan diri saya dengan nasib buruk tersebut untuk terus hidup.
Hidup ini penuh dengan pilihan dan tolak-ansur. Jangan suka menyusahkan kehidupan. Temukan jalan dan lakukan.

Apa kaitan Bahasa dan Kejayaan

Ramai orang yang mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang serupa, tetapi mengapa pencapaian mereka didalam bidang yang mereka ceburi menunjukkan kehebatan yang berbeza? Apakah kemahiran yang mereka tidak miliki atau tidak digunakan dengan berkesan? Kemahiran Berkomunikasi – untuk mempengaruhi –  anda harus menguasai kemahiran tersebut.
Disini saya tidak mahu menyentuh tentang “character” yang menyeluruh kerana ianya mempunyai kesan yang sangat efisien dalam memburu kejayaan. Saya cuba ingin mengaitkan apakah kaitan diantara kejayaan dengan bahasa – apakah perbezaan bahasa yang digunakan oleh orang yang berjaya dengan orang yang kurang atau tidak berjaya? Apakah ciri-ciri bahasa orang berjaya? Apakah kaitan antara kejayaan, bahasa dan estim?
Saya mulakan dengan ESTIM. Setiap orang mempunyai estim. Apa itu estim? Cuba jawab pertanyaan ini; setiap pagi anda memandang ke dalam cermin, adakah anda bangga dengan wajah yang anda miliki? Jika jawapannya “YA”, ini menunjukkan yang anda mempunyai “self-esteem” yang tinggi. Satu lagi soalan; apakah perasaan anda selepas sehari-hari berbahasa dengan gaya negatif; jika jawapannya “BANGGA”, anda memiliki peribadi yang rendah. Dan anda mempunyai jalan yang sukar untuk berjaya dalam apa juga bidang. Estim ialah bagaimana anda melihat dan merasakan tentang diri anda. Pakar komunikasi mendapati; kata-kata individu yang mempunyai estim yang tinggi mudah mempengaruhi orang-orang yang mendengarnya.
Bahasa merupakan alat komunikasi yang efektif dan banyak digunakan dalam aktiviti seharian. Disini saya ingin menekankan penggunaan komunikasi untuk mempengaruhi orang lain kapada sesuatu yang positif. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai idea, cuba mempengaruhi orang lain untuk menerima ideanya. Ataupun tidak menyukai sesuatu idea dan mempengaruhi orang lain untuk menolak idea tersebut. Faktor yang menyebabkan orang mudah dipengaruhi ialah dengan mengeksploitasikan estim kedalam bahasa yang digunakan untuk tujuan mempengaruhi golongan sasaran anda.
Estim mempunyai kesan persuasif, olih itu individu yang mempunyai estim yang tinggi mempunyai daya persuasif yang tinggi dan sebaliknya. Mereka bijak memanipulasi gaya bahasa yang berbagai-bagai. Contonya; pakar motivasi menggunakan bahasa yang melonjakkan semangat, doktor menggunakan bahasa yang meyakinkan pesakitnya, dan berbagai lagi cara penggunaanya. Ini bermakna hanya dengan mendengar seseorang itu bercakap, orang lain mampu menilai setinggi mana estim mereka. Implikasinya ialah bagaimana seseorang hendak mempengaruhi orang lain, strateginya ialah dengan menggunakan ciri-ciri bahasa yang menampakkan estim yang tinggi.
Sumber estim yang paling berkesan ialah “Kejayaan“. Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang-orang yang berjaya. Manusia mudah menerima idea, cadangan, nasihat, pandangan dan teguran daripada orang yang berjaya. Apa juga yang datang dari orang yang berjaya ianya amat meyakinkan. Itulah kesan psikologi manusia tentang sesuatu apa yang diyakinkannya dan membuatkan mereka mudah dipengaruhi.Untuk memulakan kejayaan anda harus bermula dengan mempelajari dan mengamalkan bahasa orang yang berjaya. Anda tidak boleh mencapai sesuatu kejayaan secara bersendirian, bantuan dan pengaruh orang disekeliling anda merupakan faktor penting untuk merealisasikan kejayaan anda.
Ciri-ciri bahasa yang sering digunakan oleh orang berjaya ialah penggunaan gaya bahasa positif manakala orang yang gagal pula menggunakan gaya bahasa yang amat negatif. Lazimnya manusia lebih sukakan orang-orang yang bersikap positif. Perasaan “suka” itulah menyebabkan manusia mudah dipengaruhi oleh mereka yang bersikap positif. Inilah faktor yang dapat menjelaskan mengapa orang yang berjaya bijak memanipulasikan estim tinggi dan gaya bahasa positif dalam mencapai sasarannya. Estim, gaya bahasa positif dan kejayaan merupakan tiga perkara yang berkaitan. Ianya mempengaruhi antara satu sama lain, dan bagitulah seterusnya berputar-putar dalam lingkaran untuk mecipta kejayaan demi kejayaan.
Disebabkan naluri manusia suka kapada orang-orang yang positif, ini bermakna strategi pertama yang dilakukan oleh seseorang yang berjaya kapada golongan sasaran pengaruhnya, ialah terlebih dahulu membuatkan orang yang ingin dipengaruhi itu suka kapadanya. Tunjukkan kapada mereka anda seorang yang bersikap positif dengan menggunakan gaya bahasa positif dan estim yang tinggi. Siapakah pemidato kesukaan anda dan kenapa anda menyukainya?
Kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan-kesan yang  positif keatas hubungan sesama manusia. Ia memainkan peranan penting didalam kehidupan. Orang yang menggunakan bahasa yang positif dipandang sebagai seorang yang menarik, anda dilihat seakan-akan orang yang paling tampan atau jelita daripada diri anda yang sebenarnya. Menyebabkan anda dianggap sebagai orang yang pandai bergaul, lebih pintar dan lebih berbakat daripada keadaan anda yang sebenarnya. Tidak mustahi anda akan menjadi kesukaan ramai.
Bahasa mempunyai kuasa yang hebat untuk mempengaruhi seseorang. Ia memainkan peranan yang berkesan dalam menempa kejayaan dalam apa bidang sekali pun. Sebagai contoh, seorang politikus berkaliber mampu mengubah suasana sistem politik sesebuah negara dengan ideanya melalui pidatonya yang efisien, usahawan berjaya meningkatkan magin jualan melalui promosi dengan penggunaan bahasa yang meyakinkan pelanggannya. Bahasa yang positif memberikan pulangan yang lumayan. Cubalah. Gunakannya dalam apa juga, persahabatan, hubungan kekeluargaan, percintaan dan dalam apa juga kontek.

Skrip Kehidupan

Skrip Komitmen
 Pelakon skrip komitmen diumpamakan mengikat dirinya kapada suatu jadual sepanjang hidupnya dan beliau yakin jadual tersebut akan menghasilkan ganjaran-ganjaran yang positif. Skrip komitmen membuat pelaburan jangka panjang untuk melakukan pelbagai pembaikan dan pencapaian. Mereka mempunyai cita-cita yang ideal untuk masa depannya. Cita-cita tersebut menjadi pendorong dan fokus untuk beliau sampai dan menggengam impiannya. Mereka bijak dan telah memberi makna kapada kehidupannya. Beliau telah melaraskan kompas kehidupannya kapada arah yang diyakini betul dan tepat.
Apabila anda mempunyai skrip komitmen, anda mempunyai objektif dan matlamat hidup yang amat jelas. Matlamat itu sentiasa jelas didepan mata anda. Anda akan berkerja kuat, tabah, gigih dan tekun untuk menghampirinya dan mencapainya. Anda rela jatuh bangun, terus berjuang kerana anda mempunyai keyakinan yang  sangat tinggi akan kejayaannya, segala halangan dapat diatasi. Ciptalah satu matlamat asalkan ianya; jelas, bolih diukur proses pencapaiannya,realistik,bolih dicapai berdasarkan kemampuan yang ada dan mempunyai tempoh mula dan tempuh tamat.
Skrip Nuklear
Dalam skrip nuklear dipenuhi dengan rasa serbasalah, serba bimbang dan serba tidak yakin tentang apa yang sepatutnya untuk dijadikan matlamat dalam hidup mereka. Skrip ini penuh dengan konflik antara yakin dengan tidak yakin, mahu dengan tidak mahu, antara takut dan berani dan pelbagai konflik lain yang timbul.
Didalam diri setiap individu ada satu faktor dalaman yang mampu mendorong mereka melakukan pelbagai perbuatan dan tingkahlaku. Faktor tersebut ialah “Dorongan Keperluan”. Untuk memenuhi “keperluan”; sebagai manusia kita melakukan apa yang boleh/mampu kita lakukan disebabkan untuk memenuhi keperluan yang diinginkan. Samada keperluan jasmani, emosi mahupun rohani. Keperluan-keprluan yang tidak dipuaskan mendorong manusia bertindak. Mengapa terjadinya demonstrasi, atas sebab apa mereka berdemonstrasi?
Istilah lain kapada keperluan ialah motif. Sebagai contoh, apabila kita terasa sangat inginkan kasihsayang, tetapi kita tidak mempunyai pasangan, maka akibatnya jiwa kita berasa serba tidak kena. Perasaan tersebut mendorong kita melakukan sesuatu untuk menghilangkan perasaan tersebut. Umpamanya, kita akan melakukan pelbagai perkara untuk menarik minat orang supaya menaruh perasaan kasih dan belas kasihan kapada kita. Kita seolah-olah kehilangan segala-gala yang kita miliki dan inginkan orang lain sentiasa memahami kita.
Keperluan-keperluan kita dipengaruhi oleh bagaimana cara kita diasuh dan dibesarkan didalam tempuh proses pembesaran kita. Jadi diantara seseorang dengan seseorang yang lain mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Apa yang penting pada si-A, tidak berapa penting kapada si-B. Walau bagaimanapun keperluan asas bagi semua orang adalah sama. Keperluan tersebut ialah; keperluan jasmani atau fisiologi, keperluan untuk berasa aman dan selamat, keperluan sosial dan berhubung sesama manusia, keperluan estim (rasa ingin dihargai) dan keperluan untuk menjadi orang yang kita inginkan/impikan.
Nota: Kenapa skrip ini dinamakan “Skrip Nuklear”? Sebab kalau ia meledak hancurlah sebuah kehidupan, bayangkan ledakan sebutir “bom nuklear”.  Bom nuklear yang paling dahsyat dialaf 20an ini ialah DADAH. Jauhi dan jangan ambil dadah bila bermasalah, jumpalah perunding yang bertauliah.
Jiwa dan kehidupan akan stabil setelah dipenuhi oleh lima keperluan diatas. Carilah dan  dapatkannya.Manusia tidak akan menjadi sempurna kehidupannya tanpa lima keperluan diatas!

A Little Black Pen

Advertisements

%d bloggers like this: