Stories I only tell my friends: The Power Of Belief-System

December 20, 2011

KEMAHIRAN BERFIKIR – Part 5

Filed under: Uncategorized — mylittleblackpen @ 12:45 pm

PROSES PENYELESAIAN MASALAH

Dua aspek mengenai pemikiran akan dibincangkan didalam bab berikut iaitu, Proses Pemikiran dan Kemahiran berfikir. Kekeliruan tentang dua aspek ini amat ketara. Isu-isu ini masih dipertikaikan, bab ini akan cuba menjelaskan perbezaan tersebut.

  • Adakah pengajaran kemahiran berfikir sama dengan mengajar cara penyelesaian masalah?
  • Adakah pemikiran kreatif sama dengan pemikiran kritis?
  • Apakah perbezaan diantara penyelesaian masalah dan membuat keputusan?

PROSES PEMIKIRAN

Proses ditarifkan sebagai urutan peristiwa yang berperingkat dan pada setiap peringkat itu terdapat perubahan. Penyelesaian masalah dan membuat keputusan dianggap sebagai proses pemikiran kerana ia mengikut langkah-langkah tertentu. Semua pemikiran ditujukan kearah menyelesaikan masalah atau memutuskan sesuatu atau kedua-duanya sekali.

Bila disebut mempertingkatkan proses pemikiran, bermaksud menajamkan kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Apakah perbezaan diantara ‘proses’ pemikiran dan ‘kemahiran berfikir’? Secara umum pemikiran sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda dengan tujuan menyelesaikan masalah dan/atau membuat keputusan. Operasi-operasi mental inilah dikatakan ‘kemahiran berfikir’ yang bertindak keatas maklumat yang diterima melalui deria-deria individu. Kemahiran berfikir ini terdiri daripada kemahiran makro dan kemahiran mikro.

PENYELESAIAN MASALAH                                      (Proses pemikiran)

DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

PEMIKIRAN KRITIS                                                      (Kemahiran makro)

PEMIKIRAN KREATIF                                                  (Kemahiran mikro)

  • Inferens
  • Perbandingan
  • Mengesan bias
  • Ramalan
  • Mengesan maklumat

Rajah: komponen-komponen pemikiran

Kemahiran berfikir makro merangkumi tiga jenis pemikiran, iaitu pemikiran strategik, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Lazimnya, dua atau ketiga-tiga pemikiran ini terlibat serentak semasa seseorang menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Pengelolaan jenis-jenis pemikiran ini pula melibatkan pelbagai jenis kemahiran mikro. Contohnya, aktiviti membuat ramalan ialah sebahagian daripada pemikiran kreatif dan aktiviti mengesan bias ialah sebahagian daripada pemikiran kritis. Jenis kemahiran mikro yang digunakan tertakluk kapada matlamat proses pemikiran. Contohnya, jika tujuan tugas ialah menilai kebaikan dan keburukan antara barang x dan barang y, maka kemahiran berfikir mikro yang mungkin digunakan ialah penilaian dimana individu menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kriteria tertentu.

Nota

  • Pemikiran kritis ialah pemikiran reflektif, iaitu memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mentak iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran ini bertumpu untuk memutuskan sama ada sesuatu itu boleh dipercayai atau tidak dengan mencari bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan.
  • Pemikiran kreatif ialah pemikiran yang asli dan kewujudan idea-idea baru. Pemikiran kreatif juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazim, iaitu kebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut berlainan. Ia juga melibatkan kebolehan membina kombinasi idea-idea bagi memenuhi sesuatu keperluan. Dengan lain perkataan pemikir kreatif berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang baru atau berkebolehan mengolah sesuatu yang lama untuk diperbaiki lagi.

PROSES PENYELESAIAN MASALAH

Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manafaat kepada pemantapan minda. Kegiatan ini tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuh kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada kita memerhati cara seseorang mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada kita menunjukkan kebolehan mengaplikasi sesuatu prinsip, kaedah atau teori kepada proses penyelesaian masalah.

Manafaat kegiatan penyelesaian masalah:

PENYELESAIAN MASALAH

  • Melatih kemahiran merancang
  • Memberi peluang mengaplikasi  pengetahuan dan kemahiran
  • Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
  • Mempertingkatkan penguasaan bahasa
  • Menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis
  • Memperkembangkan keyakinan dan kepakaran
  • Menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan
  • Mungkin melibatkan kerja berkumpulan

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

Masalah terdiri dari yang berstruktur dan tidak berstruktur. Contoh masalah yang berstruktur seperti matematik dan fizik. Bagi masalah sebegini, segala maklumat yang diperlukan  telah disediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam kehidupan seharian kita menghadapi pelbagai masalah sosial, politik, ekonomi, etika dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses penyelesaian mengikuti urutan langkah-langkah tertentu. Langkah-langkah penyelasaian masalah berstruktur seperti berikut:

  • MENGENAL PASTI MASALAH
  •  MENDEFINASIKAN MASALAH
  •  MENCARI PENYELESAIAN
  •  BERTINDAK
  •  MENILAI KEJAYAAN TINDAKAN

LANGKAH 1. Mengenal pasti masalah

Adalah langkah terpenting dalam proses penyelesaian masalah. Terutama dalam masalah tersirat atau kabur dan tidak nyata. Tanpa penentuan masalah tentulah sukar mencari penyelesaiannya. Lazimnya seorang pakar lebih cekap mengenal pasti masalah dalam bidang kepakarannya berbanding dengan seorang novis. Sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan selagi matlamatnya tidak jelas.

Contohnya, masalah yang dihadapi ialah pelajar yang tidak tahu mentafsir graf. Matlamatnya ialah supaya pelajar boleh mentafsir graf tetapi ada rintangan tertentu yang menghalang pencapaian matlamat berkenaan. Rintangan itu boleh jadi merupakan tidak tahu kaedah membuatnya atau tidak tahu proses atau prosedur mencapai matlamat.

LANGKAH 2. Mendefinasikan masalah

Setelah pasti bahawa sesuatu masalah wujud langkah seterusnya ialah untuk memahami dan mendefinasikannya. Untuk memahami sesuatu masalah kita harus menghuraikan komponen-komponen masalah itu dan mengoperasikannya supaya mudah diselesaikan. Adalah lebih berkesan sekiranya masalah itu diterjemahkan kedalam bentuk imageri atau grafik. Contohnya didefinasikan dalam bentuk imageri dan rajah untuk memudahkan kefahaman.

Lazimnya individu yang menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah adalah kerana mereka tidak faham masalah berkenaan. Soalan-soalan berikut dapat membantu individu memahami sesuatu masalah:

  • Apakah yang perlu diketahui?
  • Apakah yang masih tidak diketahui?
  • Apakah penyelesaian yang dicari?
  • Apakah yang menghalang mencapai penyelesaian?

LANGKAH 3. Mencari Penyelesaian

Individu hendaklah berfikir secara sistematik dan merancang strategi tindakan. Ini adalah untuk mengurangkan kemungkinan bertindak tergesa-gesa, meneka tanpa berfikir atau pun menyerah kalah. Mereka yang pakar menyelesaikan masalah jarang  memperolehi jawapan serta merta kerana perancangan teliti diperlukan dalam penyelesaian sesuatu masalah.

LANGKAG 4. Bertindak

Setelah mendapat penyelesaian yang sesuai, langkah seterusnya ialah untuk melaksanakannya. Sebarang tindakan atau penyelesaian hendaklah mengambil kira kesan atau akibat daripada tindakan tersebut. Strategi yang paling sesuai dipilih bagi menyelesaikan masalah yang dihadapai.

LANGKAH 5. Menilai Kejayaan Tindakan

Setiap tindakan yang diambil hendaklah dinilai sejauh mana ianya berkesan. Apakah perbezaan diantara dahulu dengan keadaan sekarang? Adakah tindakan yang diambil mencapai matlamat? Mengesan kemajuan dengan menentukan sejauh manakah matlamat itu tercapai dan adakah perlu menukar strategi penyelesaian. Apakah kelemahan dan kebaikan tindakan itu? Berikut ialah beberapa contoh soalan yang dikemukakan untuk menilai penyelesaian yang dipilih dan tindakan yang diambil. Adakah tindakan yang diambil lebih menjimatkan?: menambahkan pengeluaran?; memudahkan penggunaan?: mencantikkan keadaan?: atau mengurangkan pembaziran?. Sekiranya penyelesaian yang dipilih tidak mencapai matlamat, maka perlulah dipilih penyelesaian yang lain atau mengulangi proses penyelesaian masalah.

BEBERAPA HEURISTIK PENYELESAIAN MASALAH

Heuristik ialah sesuatu strategi atau teknik mental yang dilakukan tetapi tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian  yang diingini. Berikut ialah beberapa heuristik yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan proses penyelesaian masalah:

  • Pecahkan masalah kapada bahagian-bahagian kecil yang mudah diuruskan. Kegagalan berbuat sedemikian akan menjadikan sesuatu masalah komplek sukar diselesaikan tetapi apabila diperincikan kapada masalah-masalah kecil, mencari penyelesaiannya akan menjadi lebih mudah.
  • Ambil kira semua faktor, iaitu cuba dapatkan gambaran menyeluruh, dan kemudian mengasingkan fakta-fakta penting.
  • Bermula dari belakang dimana langkah yang akhir diberi perhatian dahulu dan kemudian berganjak kelangkah pertama untuk menyemak sama ada ia menepati matlamat.
  • Fikir tentang masalah yang sama yang pernah dihadapi atau bagaimana orang lain menyelesaikan masalah yang hampir sama. Bagaimana masalah itu diselesaikan? Bagaimana ianya dapat membantu menyelesaikan masalah ini?
  • Apabila ditahap kebuntuan dan menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah, adalah lebih baik meninggalkan masalah tersebut buat seketika. Akan ada ketikanya secara spontan kita mendapat idea bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi. Fenomena ini dipanggil mengeram (incubation). Apabila seseorang meninggalkan masalah yang cuba diselesaikan, secara tidak langsung idea-idea awal dilupa dan diganti dengan idea-idea baru.
  • Mencipta metafor dan analogi diantara masalah yang dihadapi.

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

Proses pemikiran yang dianggap hampir sama dengan penyelesaian masalah ialah membuat keputusan. Dalam kehidupan tiada individu suka atau berani membuat keputusan, walau bagaimanapun ianya tidak dapat dielakkan.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN

Keputusan perlu dibuat apabila terdapat dua atau lebih alternatif yang ternyata atau tidak ternyata dan alternatif yang terbaik hendak dipilih berasaskan kapada kriteria yang ditetapkan. Walau bagaimana pun bahawa sesetengah keputusan yang dibuat tidak mengikut semua langkah-langkah tersebut secara sistematik.

P

E

N

G

E

T

A

H

U

A

N

KEPUTUSAN YANG HENDAK DIBUAT

 

ALTERNATIF-ALTERNATIF

 

KEBAIKAN DAN/ATAU KEBURUKAN SETIAP ALTERNATIF

 

PEMILIHAN ALTERNATIF

 

PENILAIAN ALTERNATIF

N

I

L

A

I

/

S

I

K

A

P

LANGKAH 1. Keputusan yang hendak dibuat

Pertama ialah tentukan keputusan yang hendak dibuat, mengenal pasti matlamatnya dan bagaimana nilai-nilainya akan mempengaruhi tindakan seterusnya.

LANGKAH 2. Aternatif-alternatif

Kemudian buat dan pilih seberapa banyak alternatif. Kadangkala untuk mewujudkan alternatif adalah sukar, oleh itu teknik sumbangsaran digunakan untuk menghasilkan pelbagai alternatif. Juga pada peringkat ini pemikiran kreatif diperlukan untuk menghasilkan idea-idea yang baru atau luar biasa. Seberapa yang boleh penilaian sesuatu alternatif itu harus ditangguhkan sehingga semua alternatif dikemukakan.

LANGKAG 3. Kebaikan dan keburukan setiap alternatif

Memeriksa setiap alternatif yang diutarakan. Apakah kesan sesuatu alternatif sekiranya ia dilaksanakan, lihat Rajah Kesan (k) pelaksanaan sesuatu alternatif (A). Pada peringkat ini, pemikiran kritis diperlukan untuk membolehkan penilaian setiap alternatif berdasarkan kriteria tertentu yang selaras dengan nilai individu berkenaan.

              A1                                            A2                                          A3

 

K1          k2          k3          k1                          k2          k1          k2          k3

LANGKAH 4. Penilaian alternatif

Sesuatu alternatif dipilih dan dilaksanakan. Alternatif yang dipilih dianggap sebagai mempunyai kemungkinan kejayaan yang paling tinggi.

LANGKAH 5. Penilaian alternatif

Sesuatu keputusan yang dibuat dinilai tentang sejauh manakah alternatif tersebut mencapai matlamat. Selain daripada menaksir hasil keputusan, individu juga refleks tentang langkah-langkah proses membuat keputusan.

HEURISTIK YANG MEMPENGARUHI PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN

Banyak kajian menunjukkan bahawa manusia sering melanggar peraturan semasa membuat keputusan disebabkan oleh batasan-batasan minda. Kecenderungan manusia untuk menggunakan heuristik-heuristik tertentu untuk mengurangkan usaha mental atau mencari jalan pintas apabila bertembung dengan situasi membuat keputusan. Salah satu ialah heuristik ‘mudah’ bila individu memutuskan untuk menerima maklumat yang mudah diperoleh atau mudah diingat. Contohnya, individu mungkin memutuskan iaitu AIDS, kanser dan kemalangan jalanraya adalah punca utama kematian di Malaysia kerana publisiti yang diberikan oleh media massa, manakala kematian disebabkab oleh pleurasi, diabetis atau sakit jantung tidak diberi keutamaan kerana kurang perhatian dari media massa.

Heuristik ‘perwakilan’ juga menyebabkan manusia membuat keputusan yang salah apabila individu memilih aspek tertentu sesuatu peristiwa yang sesuai dengan persepsinya. Dengan tidak mengambil kira keadaan menyeluruh menyebabkan pemikiran stereotaip. Contoh pemikiran stereotaip ialah kewujudan kenyataan yang sama yang diberikan semua orang. Juga terdapat individu yang sengaja mencari faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu peristiwa atau tingkahlaku walaupun tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong maklumat yang diberikan.

Kadangkala, urutan maklumat yang disampaikan mempengaruhi keputusan yang dibuat. Contohnya, maklumat yang disampaikan pada awal dan akhir mudah diingat manakala maklumat ditengah-tengah diabaikan. Terdapat juga individu yang lebih mempercayai maklumat yang didengar berbanding dengan maklumat yang dibaca. Contohnya, seorang yang sedang membuat keputusan tentang jenis kereta yang ingin dibeli, tiba-tiba membeli kereta yang disyorkan oleh jirannya walaupun dia telah meneliti beberapa laporan tentang pelbagai jenis kereta. Jelas bahawa heuristik-heuristik ini boleh menjejaskan keberkesanan proses membuat keputusan sekiranya seseorang tidak peka terhadapnya.

A Little Black Pen


 

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: